..::WARNA KEHIDUPAN::..



Warna kehidupan? Apa itu warna ? Apa itu kehidupan? Ada bersangkut paut ke kedua-dua perkara ni.? Jom kita selongkar hubung kait diantara kedua-dua perkara ni. Warna sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Alam semulajadi telah mengurniakan kita dengan warna-warna untuk menceriakan lagi fizikal dan rohani kita. Ianya menyumbangkan kepada seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga atau aura yang penuh hikmah, ketenangan jiwa,minda dan emosi dan ianya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian.

Warna


Kita secara aktif atau pasif bertindak balas terhadap warna dalam segala tugasan harian kita. Dan mengikut ahli psikologis, Gelombang cahaya warna membawa kesan ke atas kita sepanjang masa dan menembusi sistem kecerdasan kita tidak kira samada kita sedang tidur atau pun kita seorang buta. Sama ada sedar atau tidak, Kita sering mempunyai suatu hubungan secara peribadi terhadap warna. Dengan memahami maksud dan kesan-kesan fisiologi dan psikologi yang dibawa oleh warna, kita berupaya memilih warna yang dapat memupuk kemakmuran, kejayaan, pertumbuhan personal, keyakinan diri dan membebaskan tenaganya untuk pakaian, tempat tinggal dan persekitaran kerja anda serta taman bunga.

Kita juga boleh mendapatkan tenaga warna yang terdapat dalam makanan dan minuman. Pokoknya, semua orang boleh belajar menggunakan warna untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kepuasan dari hidup. Itulah kenikmatan yang Allah berikan melalui wariasi warna dalam kehidupan manusia, Hanya manusia yang memahaminya akan memanfaatkan kebesaran hikmah Tuhan ini. Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua apa maksud yang terisrat disebalik warna.

Warna Merah
Merupakan warna panas. Warna api dan darah, yang membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ia juga boleh dikaikan dengan warna cinta dan hati. Dapat menarik perhatian dan menambahkan metabolisma badan kita  Ianya dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita . Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala merah menggambarkan alam percintaan.
Warna Biru
Warna biru bermaksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.
Warna Kuning
Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.
Warna Hijau
Hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.
Warna Hitam
Mempunyai rasa dalam, rasa sedih dan penaklukan. Ianya juga dikaitakn dengan warna menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan kerahsiaan. Sinonim dengn warna malam, ilmu hitam dan elegan. Warna hitam ini si pemakainya sebenarnya seorang yang kurang berani tetapi suka menempakkan dirinya hebat.
Warna Putih
Warna ini lebih terkeal bagi melambangkan kesucian dan ketulenan. Putih memeantulkan cahaya dan dianggap warna musim panas. Putih digemari dalam penggubahan dan fesyen kerana sifatnya yang ringan, neutral, dan sesuai dengan apa sahaja. Namun begit, warna putih lebih mudah menampakkan kekotoran dan lebih sukar untuk dijaga berbanding warna lain. Doktor dan jururawat memakai warna putih sebagai tanda kebersihan. Selain itu juga warna putih adalah bagi orang yang berani tetapi tidak suka menampakkan keberanian.
Warna



myspace layouts





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS