Ciri-ciri Bisnes Kad

Ciri-cir Bisnes Kad
Salam..
Pada entri kali ini akan dikongsikan dengan anda semua ciri-ciri bisnes kad yang sesuai untuk dihasilkan. Selain daripada maklumat yang perlu diletakkan didalam bisnes kad anda, ciri-ciri bisnes kad juga harus dititikberatkan. Ciri-ciri bagaimana yanag dimaksudkan dan penting ke ciri-ciri ni??

Apa itu bisnes kad telah diterangkan pada entri yang lepas iaitu medium untuk kita memperkenalkan bisnes kita kepada umum. Apabila seseorang menerima bisnes kad daripada seseorang yang lain, mereka akan melihat, merasa dan mesej yang disampaikan dalam kad tersebut yang membantu mereka mengenali siapa kita dan paling penting mereka akan mengingati kita hanya dengan melihat pada bisnes kad yang diberikan.
 
Apabila anda mengakhiri sesuatu perbualan dan anda memberi bisnes kad anda kepada mereka, identiti anda telah tercatat diatas sekeping kad. Anda telah mewakilkan diri anda di atas sebuah kad yang bukan sahaja menyatakan tentang anda bekerja sebagai apa, maklumat untuk berhubung tetapi turut menyatakan sesuatu tentang diri anda. Ianya bukan dinyatakan dalam bentuk tulisan tetapi dalam gambaran penuh yang direka dalam kad tersebut.
Terdapat beberapa ciri-ciri bisnes kad yang harus diberi penekanan dalam mereka bisnes kad, antaranya ialah :
Ciri-ciri Bisnes Kad


Warna-  kebiasannya kita akan memilih warna yang lembut untuk latar belakang kad dan meletakkan logo yang bewarna pada bisnes kad tersebut.

Jenis kertas- kualiti kertas yang digunakan menyatakan sesuatu tentang anda samada kertas murah atau diperbuat daripada logam yang tidak membenarkan kad anda diconteng.

Keunikkan- jika kad anda tindak menonjol dari segi maklumatnya kemungkinan sukar untuk orang mengingati anda. Jadi anda harus memberi satu keunikkan yang luar biasa berbeza dengan kad lain terhadap kad anda.

Tipografi (susunan)- memilih bentuk tulisan yang terbaik dapat mewakili diri anda dan pastikan tulisan yang dipilih mudah dibaca. Susunan antara maklumat diatas bisnes kad haruslah bersesuaian supaya tidak nampak terabur dan serabut.
Ciri-ciri Bisnes Kad

Rasa- sentuhan merupakan deria yang paling penting dan bisnes kad anda mestilah memberi kesan yang terbaik kepada penerima apabila memegang kad anda. Sekiranya anda mahu menyampaikan kepada penerima yang anda adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang, gunakan kertas yang lembut  dan bersudut bulat pada bisnes kad anda. Dan sekiranya anda ingin menyatakan yang anda adalah orang korporat dan tegas, kenakan kertas yang keras dan berbucu tajam pada bisnes kad anda.   
Sebab utama kenapa perlu dititikberatkan terhadap ciri-ciri dalam membuat bisnes kad adalah kerana kita ingin terus berhubung dengan mereka dan menunjukkan rasa kasih sayang kita pada mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepentingan Bisnes Kad

Salam semua.....
Rasanya semua dah tau apa itu bisnes kad kan???Bisnes kad merupakan medium untuk kita memperkenalkan bisnes kita kepada umum. Bisnes kad juga menggambarkan yang kita ni betul-betul bersungguh dalam menjalankan sesuatu jenis perniagaan. Selain itu juga ia merupakan salah satu alat perhubungan diantara usahawan tersebut dengan bakal pelanggannya. Malah ia turut membantu anda untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan anda. Usahawan internet juga memerlukan bisnes kad supaya pelanggan dapat mengetahui alamat emel, facebook, twitter dan sebagainya.

Antara item atau perkara yang perlu ada dalam business card adalah seperti :
1) Nama
2) Nombor telefon
3) Produk atau servis
4) Nama perniagaan
5) Alamat
6) Logo
7) Tagline

Bisnes kad yang menarik juga turut memainkan peranan untuk tarik perhatian bakal pelanggan kita. Penggunaan warna yang sesuai, teks yang jelas dan mudah dibaca adalah antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan sesuatu bisnes kad. Di bawah ni ada disertakan beberapa contoh jenis bisnes kad :



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Scrap Book Layout

Salam. 
scrap book layout
Untuk entri kali ini akan dikongsikan dengan anda semua tentang susun atur dalam scrap book atau scrap book layout. Apa kaitan susun atur dalam menghasilkan scrap book? Sebenarnya susun atur dalam menghasilkan scrap book  memainkan peranan yang penting selepas anda memikirkan konsep yang ingin anda hasilkan. Susun atur yang dimaksudkan ialah cara anda menyusun segala maklumat yang anda mahu letakkan didalam scrap book  itu contohnya susunan gambar.  
Dapatkan beberapa gambar yang berkaitan, tambahkan sedikit kesan khas seperti bingkai, hiasan dan penerangan terhadap gambar tersebut dan anda mempunyai album scrap book. Kecanggihan teknologi iaitu dengan menggunakan komputer telah mengubah seni biasa kepada seni yang lebih komersial.

basic digital scrapbook layout

Digital scrap book telah mengambil alih dan muncul untuk mendahului populariti dalam bidang seni. Dengan menggunakan digital kamera dimana sahaja dan software untuk mengedit gambar yang semakin banyak sekarang ditambah pula  mudah untuk dimiliki, memungkinkan bagi setiap pengguna komputer untuk mencipta scrap book mereka sendiri dengan pelbagai cadangan untuk susun atur (layout) scrap book yang ada.

Tanpa menggunakan komputer, pengguna masih boleh menghasilkan scrap book secara manual. Pengguna harus memotong, mencantum dan menghias gambar mengikut kreativiti dengan menggunakan pelbagai bahan seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini.  Jika menggunakan komputer, untuk menghasilkan scrap book akan menjadi dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan cepat. Hanya sekali klik, latar belakang scrap book  akan berubah, bentuk akan tersusun semula dan perubahan bentuk.

scrap book layout
Layout dalam scrap book  bukan berdasarkan sususnan gambar semata-mata tetapi cara mempersembahkan koleksi dan memori anda yang menakjubkan dan artistik. Untuk menjadikan scrap book anda kelihatan menarik dimata penerima yang melihat, anda harus melakukan penambahan yang sepenuhnya terhadap hiasan yang anda kenakan. Fikirkan kegembiraan yang akan anda perolehi apabila penerima menghargai hasil yang telah anda lakukan. Ingat ini adalah perkongsian pengalaman dan memori melalui penghasilan scrap book.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahan Untuk Membuat Scrap Book

Salam.
Pada entry kali ni nak kongsi tentang bahan untuk membuat scrap book.
Sebelum tu,apa tu scrap book, emm, scrap book ialah cuba untuk mengumpul kenangan anda dalam album helai memo. Ia akan lebih menarik untuk melihat dan seronok untuk dilakukan. Dapatkan album yang anda fikir mungkin cukup untuk gambar-gambar, lihat berapa banyak halaman yang telah dan dibandingkan dengan gambar-gambar yang anda mahu menyusun.
Buat satu helai memo album berdasarkan salah satu tema. Untuk percutian musim panas contohnya, tidak bergabung dengan percutian musim sejuk walaupun anda berbelanja dengan keluarga yang sama. Ia tidak akan melihat pengkhususan jika anda campur beberapa acara dalam satu album. Ia adalah lebih baik jika anda boleh menyusun gambar kerana apabila anda selesai membuat scrap book ia akan kelihatan seperti buku cerita kepada penonton. 

Scrap book ini tidak harus mahal, ia akan kelihatan hebat dengan susun atur yang betul dan hiasan seperti warna kertas dengan tekstur, reben, perhiasan untuk menambah journaling di hadapan scrap book anda atau dalam halaman scrap book anda juga. Anda sentiasa boleh mengambil masa untuk mencari dan mendapatkan album yang paling sempurna seperti yang anda mahu, melayari di internet akan membantu banyak kerana ia akan menawarkan anda banyak scrap book dalam pelbagai saiz, warna dan jenama.
Penghasilan scrap book ini adalah salah satu hobi yang diamalkan secara meluas di Amerika Syarikat.

bahan untuk membuat scrap book
Bahan yang paling penting dalam penghasilan scrap book ialah album itu sendiri. Tidak kira sama ada album yang telah kekal terikat atau album yang masih boleh dimasukkan/dikeluarkan helaianya. Bahan-bahan asas termasuk kertas latar belakang samaada yang bercetak gambar atau menggunakan kad, hiasan pada sudut foto seperti pelekat, pelekap pita gambar, gunting, paper trimmer, pen seni dan gam pelekap.
 Reka bentuk yang lebih terperinci memerlukan alat-alat yang lebih khusus seperti die cut templates, rubber stamps, craft punches, eyelet setters, heat embossing tools and personal die cut machines. Kebanyakkan mereka mengambil masa untuk membuat kertas latar belakang mereka sendiri menggunakan alat-alat yang disebut diatas tadi.

bahan untuk membuat scrap book
Bahan aksesori pelbagai yang disebut sebagai “hiasan”, digunakan untuk menghiasi halaman setiap helai di dalam album. Hiasan termasuk stickers, rub-ons, eyelets, brads, chipboard elements in various shapes, huruf abjad, renda, dawai, kain, manik, setem dan riben. Penggunaan die-cutting machine semakin popular yang dapat mengurangkan penggunaan pisau seretan untuk menghasilkan die templates. Pembuat scrap book juga akan menggunakan keratan majalah untuk menghiasi muka surat setiap helaian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS