Ciri-ciri Bisnes Kad

Ciri-cir Bisnes Kad
Salam..
Pada entri kali ini akan dikongsikan dengan anda semua ciri-ciri bisnes kad yang sesuai untuk dihasilkan. Selain daripada maklumat yang perlu diletakkan didalam bisnes kad anda, ciri-ciri bisnes kad juga harus dititikberatkan. Ciri-ciri bagaimana yanag dimaksudkan dan penting ke ciri-ciri ni??

Apa itu bisnes kad telah diterangkan pada entri yang lepas iaitu medium untuk kita memperkenalkan bisnes kita kepada umum. Apabila seseorang menerima bisnes kad daripada seseorang yang lain, mereka akan melihat, merasa dan mesej yang disampaikan dalam kad tersebut yang membantu mereka mengenali siapa kita dan paling penting mereka akan mengingati kita hanya dengan melihat pada bisnes kad yang diberikan.
 
Apabila anda mengakhiri sesuatu perbualan dan anda memberi bisnes kad anda kepada mereka, identiti anda telah tercatat diatas sekeping kad. Anda telah mewakilkan diri anda di atas sebuah kad yang bukan sahaja menyatakan tentang anda bekerja sebagai apa, maklumat untuk berhubung tetapi turut menyatakan sesuatu tentang diri anda. Ianya bukan dinyatakan dalam bentuk tulisan tetapi dalam gambaran penuh yang direka dalam kad tersebut.
Terdapat beberapa ciri-ciri bisnes kad yang harus diberi penekanan dalam mereka bisnes kad, antaranya ialah :
Ciri-ciri Bisnes Kad


Warna-  kebiasannya kita akan memilih warna yang lembut untuk latar belakang kad dan meletakkan logo yang bewarna pada bisnes kad tersebut.

Jenis kertas- kualiti kertas yang digunakan menyatakan sesuatu tentang anda samada kertas murah atau diperbuat daripada logam yang tidak membenarkan kad anda diconteng.

Keunikkan- jika kad anda tindak menonjol dari segi maklumatnya kemungkinan sukar untuk orang mengingati anda. Jadi anda harus memberi satu keunikkan yang luar biasa berbeza dengan kad lain terhadap kad anda.

Tipografi (susunan)- memilih bentuk tulisan yang terbaik dapat mewakili diri anda dan pastikan tulisan yang dipilih mudah dibaca. Susunan antara maklumat diatas bisnes kad haruslah bersesuaian supaya tidak nampak terabur dan serabut.
Ciri-ciri Bisnes Kad

Rasa- sentuhan merupakan deria yang paling penting dan bisnes kad anda mestilah memberi kesan yang terbaik kepada penerima apabila memegang kad anda. Sekiranya anda mahu menyampaikan kepada penerima yang anda adalah seorang yang lemah lembut dan penyayang, gunakan kertas yang lembut  dan bersudut bulat pada bisnes kad anda. Dan sekiranya anda ingin menyatakan yang anda adalah orang korporat dan tegas, kenakan kertas yang keras dan berbucu tajam pada bisnes kad anda.   
Sebab utama kenapa perlu dititikberatkan terhadap ciri-ciri dalam membuat bisnes kad adalah kerana kita ingin terus berhubung dengan mereka dan menunjukkan rasa kasih sayang kita pada mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment