Scrap Book Layout

Salam. 
scrap book layout
Untuk entri kali ini akan dikongsikan dengan anda semua tentang susun atur dalam scrap book atau scrap book layout. Apa kaitan susun atur dalam menghasilkan scrap book? Sebenarnya susun atur dalam menghasilkan scrap book  memainkan peranan yang penting selepas anda memikirkan konsep yang ingin anda hasilkan. Susun atur yang dimaksudkan ialah cara anda menyusun segala maklumat yang anda mahu letakkan didalam scrap book  itu contohnya susunan gambar.  
Dapatkan beberapa gambar yang berkaitan, tambahkan sedikit kesan khas seperti bingkai, hiasan dan penerangan terhadap gambar tersebut dan anda mempunyai album scrap book. Kecanggihan teknologi iaitu dengan menggunakan komputer telah mengubah seni biasa kepada seni yang lebih komersial.

basic digital scrapbook layout

Digital scrap book telah mengambil alih dan muncul untuk mendahului populariti dalam bidang seni. Dengan menggunakan digital kamera dimana sahaja dan software untuk mengedit gambar yang semakin banyak sekarang ditambah pula  mudah untuk dimiliki, memungkinkan bagi setiap pengguna komputer untuk mencipta scrap book mereka sendiri dengan pelbagai cadangan untuk susun atur (layout) scrap book yang ada.

Tanpa menggunakan komputer, pengguna masih boleh menghasilkan scrap book secara manual. Pengguna harus memotong, mencantum dan menghias gambar mengikut kreativiti dengan menggunakan pelbagai bahan seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ini.  Jika menggunakan komputer, untuk menghasilkan scrap book akan menjadi dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan cepat. Hanya sekali klik, latar belakang scrap book  akan berubah, bentuk akan tersusun semula dan perubahan bentuk.

scrap book layout
Layout dalam scrap book  bukan berdasarkan sususnan gambar semata-mata tetapi cara mempersembahkan koleksi dan memori anda yang menakjubkan dan artistik. Untuk menjadikan scrap book anda kelihatan menarik dimata penerima yang melihat, anda harus melakukan penambahan yang sepenuhnya terhadap hiasan yang anda kenakan. Fikirkan kegembiraan yang akan anda perolehi apabila penerima menghargai hasil yang telah anda lakukan. Ingat ini adalah perkongsian pengalaman dan memori melalui penghasilan scrap book.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment